Rabu, 9 Mac 2016

Penubuhan Al Mustafawiyyah

Al Mustafawiyyah Quranic Academy adalah sebuah pusat pembelajaran al-Quran yang memberi tumpuan kepada aspek latihan, kursus, bengkel dan seminar yang berkaitan dengan tilawah al-Quran yang merangkumi dua asas utama iaitu bacaan mujawwad dan murattal. Al Mustafawiyyah merupakan singkatan dari seorang tokoh besar dalam dunia tilawah al-Quran di Mesir, Syeikh Mustafa Isma'il (1905-1978) dan menisbahkan nama ini kepada beliau kerana kehebatannya dalam uslub tilawah. Al Mustafawiyyah telah didaftarkan secara rasmi pada 10 Februari 2016 dan mempunyai dua cawangan untuk tujuan operasinya iaitu di Kelantan dan Selangor. Al Mustafawiyyah ditubuhkan dari hasil penyelidikan selama 9 tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasil penyelidikan tersebut telah menghasilkan penerbitan yang berkaitan dan dijadikan bahan rujukan utama dalam pembelajaran di pusat ini.Moga pusat ini terus maju kehadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Disqus Shortname

Comments system